Showing posts with label Hantaran. Show all posts
Showing posts with label Hantaran. Show all posts
Wednesday, February 1, 2012
Tuesday, November 15, 2011
Whatalovelywedding by FathinMdNor, di Wanita Hari Ini TV3, Jumaat 11 November 2011
Salam cantek cantek semua.
Ada apa dengan 11.11.11..? Ramai yang memilih tarikh ini sebagai hari bersejarah mereka untuk majlis akad nikah.. Bagi Fathin, tarikh ini juga bermakna kerana diundang menjadi tetamu jemputan segmen DIY, Wanita Hari Ini siaran 11 November 2011. Tentulah teruja kan.. Hee
Inilah hasil hantaran yang dibuat sambil terketar ketar selama 3 hari dek kerana takot dan neves. Alhamdulillah, masa on air, tak lah seteruk mana kan. ;)
Owh, dan kalau nak tengok ini video nye.. hehe tatau lah ape yang saya pot pet. memang cepat betul masa rasanya masatuh. buat cepat cepat jer.. ;) kena sambil buat sambil cakap pulak tuh heee.
Salam kasih,
Fathin Md Nor
0132002031
Friday, November 4, 2011
{ hantaran } sesuatu yang istimewa, untuk kamu..
Salam Aidiladha semua...
Sempena Aidiladha nih, fathin nak bagi promosi istimewa untuk 10 pasangan pertama.. RM95 sahaja untuk gubahan hantaran bunga segar, beserta dulang hantaran. Harga biasa, RM150.. Sudi sudilah email ke fathinmdnor at gmail dot com..
Salam berbunga riang,
Fathin
fathinmdnor at gmail dot com
0132002031
0355237472
Monday, October 10, 2011
{hantaran} hantaran hati, penuh warna warna keriangan
Salam penuh keceriaan..
Untuk coretan kedua blog ini, kita mulakan dengan hantaran yang digubah pada awal tahun 2011 ini. Hantaran dari Emma kepada Lan. Owhh saya tak tahu yang Lan rupanya adalah pelakon.. dia ada berlakon dalam cerita Lagenda Budak setan. Sehinggalah tiba saat saya mahu menghantar bunga tangan, saya lihat ramai pengarah filem dan drama hadir di majlis mereka. Emma seorang yang ceria, berwawasan, berani dan lantang. Dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saya dalam pemilihan bunga dan warna.. Jadi saya cuba sesuaikan gubahan ini dengan sifat yang ada pada Emma. Ini merupakan cubaan pertama saya untuk menggunakan pelbagai jenis bunga (ada 7 kesemuanya) dalam pelbagai warna..
Warna biru lambang keberanian dan kekuatan cinta mereka. Ungu, wawasan.. Kuning, kemewahan yang akan mereka cipta bersama.. Merah jambu untuk kelembutan seorang wanita..
Kombinasi bunga bungaan pelbagai warna ini tampak indah dengan diserikan butiran manik manik kecil di celah celah gubahan bunga.. Buat Emma dan Lan, saya doakan kalian bahagia hingga hujung nyawa..
Salam indah,
Fathin Md Nor
fathinmdnor at gmail dot com
Sunday, October 9, 2011
Sesuatu yang istimewa.. Kelas Gubahan Hantaran Kini Dibuka !!
Alhamdulillah, sejak beberapa hari yang lepas, beberapa orang gadis manis menghubungi Fathin bertanyakan tentang kelas gubahan hantaran.. Besarlah hati ini untuk berkongsi ilmu yang sedikit ini, agar dapat dimanfaatkan bersama.. 
Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas gubahan hantaran ini, bolehlah hubungi fathin ya.. RM300 satu seisi, termasuk nota, bunga segar, serta peralatan-peralatan yang diperlukan. Mereka akan diajar dari asas memilih bunga, penjagaan bunga segar, tips, dan teknik.. Bunga segar yang telah digubah juga boleh dibawa pulang oleh kamu kamu yang belajar nanti.. suke.. suke..!Salam seharum mawar,
Fathinmdnor
0132002031
Labels:
Hantaran,
Kelas gubahan hantaran
Subscribe to:
Posts (Atom)
