Kuntuman bunga indah digubah menjadi sejambak bunga dan dirias dengan riben, lace, manik manik kecil.. Selain bunga segar, ada juga yang memilih bunga kristal, bunga dip, juga bunga butang sebagai bunga tangan indah yang dipegang mengiringi sang pengantin, sama ada semasa akad nikah atau semasa resepsi..
Perlunya bunga tangan bukan sahaja untuk memberi seri kepada pengantin perempuan, saya kira, bunga tangan ini juga pemberi semangat.. yelah, kan nak akad nikah, nak bersanding.. berdebar debar, menggigil, tak keruan jadinya.. sekurang kurang nya kalau si pengapit hilang sebentar, boleh lah bunga tangan digenggam erat jadi peneman..
bunga tangan yang digubah untuk majlis pertunangan.. merah jambu dan cream.. Shah Alam
biru, ungu buat Nuzul. Dewan MBSA, Shah Alam
Fushia Pink buat Nurin, Batu Pahat, Perak
Biru dan ungu buat Natasya, Bandar Baru Bangi
Selesai majlis, bunga tangan tak perlu dah.. Kita kan dah ada sang suami yang boleh digenggam erat.. ;) Jadi bolehlah dicampak campak pada anak dara anak dara.. tengok siapa dapat dia kahwin lepas ini pula. ya tak..?
Salam berbunga riang,
Fathin
fathinmdnor at gmail dot com
0132002031
0355237472