Lovely Followers

Monday, October 31, 2011

{ bunga tangan } hand bouquet pastel pink for Lara..

Assalamualaikum sang cantik cantik semua..
Minggu lepas adalah minggu yang agak padat bagi Fathin, cuti hari Rabu ke Carcosa Seri negara utk wedding Lara dan Tengku Muzzammil, kemudian membantu encik suami hias booth utk Miccos 2011, dan Sabtu, wedding Huraizi dan Huda di Dewan Perdana Felda..      



Thursday, October 13, 2011

Kuntuman bunga penyeri sang ratu sehari..~

Kuntuman bunga indah digubah menjadi sejambak bunga dan dirias dengan riben, lace, manik manik kecil.. Selain bunga segar, ada juga yang memilih bunga kristal, bunga dip, juga bunga butang sebagai bunga tangan indah yang dipegang mengiringi sang pengantin, sama ada semasa akad nikah atau semasa resepsi..

Perlunya bunga tangan bukan sahaja untuk memberi seri kepada pengantin perempuan, saya kira, bunga tangan ini juga pemberi semangat.. yelah, kan nak akad nikah, nak bersanding.. berdebar debar, menggigil, tak keruan jadinya.. sekurang kurang nya kalau si pengapit hilang sebentar, boleh lah bunga tangan digenggam erat jadi peneman.. 

bunga tangan yang digubah untuk majlis pertunangan.. merah jambu dan cream.. Shah Alam

biru, ungu buat Nuzul. Dewan MBSA, Shah Alam

Fushia Pink buat Nurin, Batu Pahat, Perak
Biru dan ungu buat Natasya, Bandar Baru Bangi

Selesai majlis, bunga tangan tak perlu dah.. Kita kan dah ada sang suami yang boleh digenggam erat.. ;) Jadi bolehlah dicampak campak pada anak dara anak dara.. tengok siapa dapat dia kahwin lepas ini pula. ya tak..?

Salam berbunga riang,
Fathin
fathinmdnor at gmail dot com
0132002031
0355237472


Monday, October 10, 2011

{hantaran} hantaran hati, penuh warna warna keriangan

Salam penuh keceriaan..
Untuk coretan kedua blog ini, kita mulakan dengan hantaran yang digubah pada awal tahun 2011 ini. Hantaran dari Emma kepada Lan. Owhh saya tak tahu yang Lan rupanya adalah pelakon.. dia ada berlakon dalam cerita Lagenda Budak setan. Sehinggalah tiba saat saya mahu menghantar bunga tangan, saya lihat ramai pengarah filem dan drama hadir di majlis mereka. Emma seorang yang ceria, berwawasan, berani dan lantang. Dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saya dalam pemilihan bunga dan warna.. Jadi saya cuba sesuaikan gubahan ini dengan sifat yang ada pada Emma. Ini merupakan cubaan pertama saya untuk menggunakan pelbagai jenis bunga (ada 7 kesemuanya) dalam pelbagai warna..

Warna biru lambang keberanian dan kekuatan cinta mereka.  Ungu, wawasan.. Kuning, kemewahan yang akan mereka cipta bersama.. Merah jambu untuk kelembutan seorang wanita.. 





Kombinasi bunga bungaan pelbagai warna ini tampak indah dengan diserikan butiran manik manik kecil di celah celah gubahan bunga.. Buat Emma dan Lan, saya doakan kalian bahagia hingga hujung nyawa..

Salam indah, 
Fathin Md Nor
fathinmdnor at gmail dot com

Sunday, October 9, 2011

Sesuatu yang istimewa.. Kelas Gubahan Hantaran Kini Dibuka !!

Alhamdulillah, sejak beberapa hari yang lepas, beberapa orang gadis manis menghubungi Fathin bertanyakan tentang kelas gubahan hantaran.. Besarlah hati ini untuk berkongsi ilmu yang sedikit ini, agar dapat dimanfaatkan bersama.. 
Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas gubahan hantaran ini, bolehlah hubungi fathin ya.. RM300 satu seisi, termasuk nota, bunga segar, serta peralatan-peralatan yang diperlukan. Mereka akan diajar dari asas memilih bunga, penjagaan bunga segar, tips, dan teknik.. Bunga segar yang telah digubah juga boleh dibawa pulang oleh kamu kamu yang belajar nanti.. suke.. suke..!

Salam seharum mawar,
Fathinmdnor
0132002031

Friday, October 7, 2011

whatalovelywedding by Fathin Md Nor

Terima kasih atas kesudian.. Perkahwinan merupakan penyatuan dua jiwa, dua keluarga yang harus diraikan dengan penuh rasa syukur kepada Allah.. Perjalanan saya dalam bidang perkahwinan bermula dari menjadi jurufoto perkahwinan. Sebagai jurufoto, saya dapat melihat dan merakam detik detik indah dan syahdu dalam setiap majlis. Bukan itu sahaja, banyak yang dapat dipelajari dari segi aturan majlis, kelancaran majlis, memastikan segala yang dirancang berjalan dengan sebaiknya.. Bukan sahaja sebagai meraikan mempelai, tetapi tetamu yang hadir juga perlu diberi penghargaan kerana sama sama sudi memeriahkan majlis.. 
gambar : detik bahagia saya sebagai isteri. sedang direnjis oleh atuk saya..

Blog ini adalah kesinambungan daripada blog whatalovelywedding, facebookflickr dan fotopages.. InsyaAllah banyak lagi akan dikongsikan hasil2 kerja, pandangan, pendapat serta idea supaya bakal bakal pengantin sama sama mendapat manfaatnya..

Salam manis, 
FathinMdNor, si penggubah bunga..
fathinmdnor at gmail dot com

Saturday, October 1, 2011

Perancang perkahwinan. Relevan kah?

Salam istimewa buat semua..

Banyak persoalan yang bermain di fikiran bakal bakal pengantin, juga ibu bapa pengantin, perlukah sesebuah majlis itu disusun atur oleh perunding perkahwinan.. Dalam era digital dimana setiap apa yang kita mahu tahu dan kehendaki boleh dicapai maklumatnya dalam beberapa saat melalui pakcik Google, masih relevankah perancang perkahwinan..? Perunding perkahwinan atau perancang perkahwinan, bunyinya berbeza tapi matlamatnya tetap sama. Untuk merealisasikan perkahwinan impian, dengan sebaiknya, dalam lingkungan bajet yang diperuntukkan oleh pihak pengantin..

Tentunya dengan melakukan sendiri segalanya dapat memenuhi citarasa kita, dan juga menjimatkan kos. Tapi adakah penjimatan itu praktikal dalam keadaan sekarang..?

Apakah tugas seorang perunding perkahwinan..?
Terlalu banyak untuk diperincikan, tetapi secara amnya, seorang perancang perkahwinan seharusnya melakukan yang terbaik agar segalanya sempurna dan klien merasa gembira.. Dengan erti kata lain, dia mereliasasikan perkahwinan impian menjadi reality.. Perancang perkahwinan seharusnya menyediakan vendor terbaik mengikut bajet, dan seharusnya berada sepanjang majlis resepsi berlangsung.. Dialah pembantu, pereka, penasihat, dan paling penting seorang yang seharusnya memberi ketenangan kepada bakal pengantin.. Seorang perancang perkahwinan bertanggungjawab memastikan segala persiapan dan susun atur adalah seperti yang dirancang agar pengantin dan keluarganya senang hati dan bergembira sepanjang majlis berlangsung..

Nantikan perkongsian saya seterusnya tentang perancang perkahwinan.. Saya akhiri dengan gambar kami, menggubah hantaran. 

Untuk memastikan bunga segar kekal cantik semsa majlis, gubahan perlu lah dibuat tidak terlalu awal.. Yang ini, lebih kurang jam 3, 4 pagi. bayangkan..!

Salam sayang,
Fathin Md Nor
fathinmdnor at gmail dot com
013 2002031